SEDEKAH ADALAH BEKALAN UNTUK AKHIRAT, MELABURLAH HARI INI.
“Sesungguhnya orang-orang lelaki yang bersedekah dan orang-orang perempuan yang bersedekah, serta mereka memberikan pinjaman kepada Allah, sebagai pinjaman yang baik (ikhlas), akan digandakan balasannya (dengan berganda-ganda banyaknya), dan mereka pula akan beroleh pahala yang mulia.” (Surah al-Hadid: 18)

WAKAF PEMBANGUNAN BAGI MENYIAPKAN 1 BLOK PENDIDIKAN 3 TINGKAT KOMPLEKS MA'HAD ADDA'WAH AL-ISLAMIYYAH
PULAU PINANG - Sebuah pusat pengajian di sini memerlukan dana RM3.6 juta untuk pembangunan prasarana bagi memastikan keselesaan pelajar-pelajar menuntut ilmu berasaskan agama Islam.
Usaha membina bangunan dan fasiliti baharu untuk kegunaan warga Ma'had Addawah Al Islamiyyah dan pelajar telah pun dilaksanakan sebelum ini, dan berjaya menyiapkan fasa pertama projek pembinaan.
Bagaimanapun, fasa ke-2 projek pembinaan masih belum dapat disiapkan kerana masalah kewangan. Jumlah dana yang terkumpul hasil sumbangan orang ramai dan pelbagai pihak semakin berkurangan.
Bagi memastikan projek pembangunan fasa ke-2 dapat diselesaikan segera, pihak Ma'had Addawah Al Islamiyyah merayu sumbangan orang ramai untuk mencukupkan dana RM3.6 juta lagi.

Masalah yang dihadapi oleh pelajar :
- Pelajar tiada kelas khas untuk belajar
- Proses pembelajaran dijalankan di bahagian atas surau yang sedia ada dan ruangnya juga terhad
Begitupun pelajar masih dapat mendalami ilmu dan memberi fokus dengan apa yang diajarkan oleh guru sepanjang proses pembelajaran.
Pembangunan prasarana ini adalah untuk memberi lebih keselesaan kepada pelajar dalam berjihad untuk menuntut ilmu berasaskan agama Islam.
Kegunaan dana RM3.6 juta untuk pembinaan:
- 6 unit kelas
- Perpustakaan
- Bilik pantri guru
- Bilik mesyuarat
- 2 unit bilik tetamu
- 20 unit tandas
- 2 unit dewan terbuka
- Kos perpaipan
- Kos pendawaian
- PA system

Pembangunan prasarana ini akan memberi manfaat kepada hampir 300 orang pelajar yang sedang berjuang dan berjihad untuk menjadi generasi berilmu dan beragama.
Generasi berilmu dan beragama sangat penting kepada masyarakat untuk memastikan anak-anak menjadi generasi yang berakhlak dan masih mengamalkan ajaran Islam.
Anak-anak yang soleh dan solehah akan menjadi harta kepada ibu bapa di akhirat kelak.
Marilah bersama kita mengambil kesempatan dan menyambung perjuangan ini dengan membantu menyumbangkan sedekah, infak, dan berwakaf untuk pembinaan institusi pengajian berteraskan Islam Ma'had Addawah Al Islamiyyah.
Jika anda masih tercari-cari cara untuk membalas jasa ibu dan ayah yang telah meninggal dunia,
berinfaklah,
bersedekahlah,
dan berwakaflah
untuk mereka di sini.
Ma'had Adda'wah Al-Islamiyyah telah diasaskan sejak tahun 2001 dan kami telahpun berdaftar di bawah Jabatan Enakmen Pengawalan Sekolah-Sekolah Agama Islam (Pulau Pinang) 1989.
.jpg)
“Daripada Abdullah bin Abbas r.a bahawa Sa’ad bin Ubadah r.a, ibunya meninggal dunia ketika ia tiada. Lalu dia datang kepada Nabi Muhammad s.a.w dan bertanya, "Wahai Rasulullah, sesungguhnya ibuku telah meninggal sedang saya tidak ada ketika matinya, apakah jika saya bersedekah untuknya bermanfaat baginya"? Rasulullah s.a.w menjawab: "Ya.” Lalu Saad berkata: "Saksikanlah bahawa kebunku yang banyak buahnya aku sedekahkan (dan pahala) untuknya.” (Riwayat Bukhari)